Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam PT6 SMK Labuan, Bersama, Kita Menerajui Transformasi Pendidikan Negara.
Saya, mewakili semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar PT6 SMK Labuan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pejuang STPM Sesi 2018/2019 dalam menghadapi ujian Penggal 2 peringkat sekolah ini.
Walaupun ia hanya pada peringkat persekolahan, namun ia tidak boleh dipandang enteng kerana ini boleh dijadikan sebagai medan latihan dan percubaan untuk menghadapi peperiksaan sebenar pada awal bulan Mei kelak.
Kuatkan mental, cergaskan fizikal, tingkatkan spiritual, dan sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Tuhan. Semoga kita semua memperolehi kecemerlangan dan hasil yang baik dalam apa sahaja yang kita lakukan.
Akhir sekali, sebagai pejuang di medan STPM ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan prestasi serta kualiti diri dan seterusnya menerajui kecemerlangan Pusat Tingkatan 6 SMK Labuan.
Sesungguhnya, kita adalah pelapis kepada kemajuan dan pembangunan negara.
Sekian,
Yang Ikhlas,
IRHAM ZULHILMI BIN MOHD JOHAN,
Yang Di-Pertua,
Majlis Perwakilan Pelajar,
PT6 SMK LABUAN.
"TOGETHER WE EMPOWER"
0 Comments